Tuesday 21 February 2012

Selamat Hari Moyang

Dum Dum Dam bunyi mercun. Dum Dum!Dum dum dam dem dam!


Tiba-tiba jantung aku mulai gugur akibat daripada bunyi mercun yang terlalu kuat di sebelah rumah aku ini.  Hampir 5 minit bunyi mercun itu berbunyi.  Bilakah ia akan berakhir? Akhirnya selepas 5 minit, baru bunyi mercun itu berhenti. 

Kenapa tiba-tiba orang kampung main mercun tika malam mula menjelma ini?  Aku melihat ramai kanak-kanak riang ria bermain bunga api  sambil berlari ke sana sini.  Hari rayakah? Mahu sambut Hari Thaipusamkah? Atau menyambut kegembiraan setelah menerima bantuan BR1M? Atau menyambut kegembiraan setelah dapat tanah? Oh tidak.  Sangkaan aku meleset sama sekali.  Setelah disiasat dengan maklumat diperolehi, rupa-rupanya esok adalah Hari Moyang.  Woo, baru aku tahu.  Rupa-rupanya esok adalah hari gembira bagi seluruh penduduk Kg Sg Bumbun.

Selamat Menyambut Hari Moyang buat semua penduduk.

0 Orang Asli Kena Sumpit:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...