Saturday 24 September 2011

Mesyuarat Perlantikan AJK baru ditangguhkan!

Nampaknya sikap masyarakat kampung masih belum berubah.  Sikap inilah yang perlu dikikis dari minda masyarakat orang asli di sini.  

Semalam diadakan satu mesyuarat perlantikan AJK baru dan kehadiran orang kampung amatlah mendukacitakan dan mengecewakan.  Mesyuarat yang sepatutnya bermula pada pukul 2.30 petang terpaksa diadakan pada pukul 3.30 petang kerana kehadiran orang kampung amatlah mendukacitakan.  Kekurangan kehadiran orang kampung telah menyukarkan pihak JAKOA yang diketuai oleh Puan Ani dan Encik Irzuan untuk meneruskan agenda mesyuarat tersebut samada diteruskan atau pun ditangguhkan.  

Maklumat yang diperolehi kehadiran hanyalah dalam lingkungan 25 orang sahaja walhal kapasiti penduduk di sini adalah kira-kira 500 orang tidak termasuk yang sudah masuk dalam kubur atau yang sedang berkerja di London.  Inilah sikap masyarakat orang kita yang masih lagi tidak mengambil berat tentang agenda-agenda yang ingin diadakan di kampung ini.  Mesyuarat ini amatlah penting kerana ia akan menentukan siapakah calon yang layak menduduki jawatan dalam AJK tersebut. Jika orang kampung tidak terlibat secara langsung, ia akan menyebabkan ketidakpuashatian di kalangan masyarakat orang asli di sini.  Mana tidaknya, mereka akan kata tidak tahu tentang kewujudan AJK tersebut padahal surat pemberitahuan sudah pun diedarkan ke setiap rumah.  Di sinilah masalah akan timbul nanti. 

Encik Sarin (Nama sebenar) berkata dia sudah pun mengedarkan surat-surat pemberitahuan tersebut dari rumah ke rumah tanpa mengenal erti penat dan lelah. Tetapi ia masih lagi tidak boleh membantu orang-orang kampung di sini.  Apakah kaedah yang paling sesuai untuk menyampaikan maklumat penting ini?  Satu cadangan diusulkan oleh Encik Azami (nama sebenar gak) mencadangkan pemberitahuan melalui alat percakapan yang besar dan memaklumkan pemberitahuan tersebut dengan menaiki motor sambil pusing-pusing tawaf satu kampung dan berterus-terang sahaja tanpa memikirkan perasaan orang kampung dengan menyatakan " Wahai orang-orang kampung, kalau mesyuarat tanah korang datang, malam pun sanggup datang, tak kisah jalan kaki tetapi kenapa mesyuarat perlantikan AJK baru tak datang pulak"!.  Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh Encik Azami.

Encik Mendek pula berkata dia amat kecewa dengan orang kampung kerana tidak memberi komitmen yang penuh untuk sama-sama menjayakan mesyuarat itu.  "Aku sedih gila lah.  Inilah orang kampung kita.  Kalau ada bantuan baru nak datang. Ape ke hei nya!", katanya sambil menampar Encik Jefri yang berada di sebelahnya.  Luahan kesal turut dikatakan oleh Encik Jasmi yang berterus-terang berkata "Orang kampung ni time isu tentang tanah memang ramai datang.  Sampai penuh bilik mesyuarat tu. Tetapi bila perlantikan, satu batang tut! pun tak datang", katanya sambil menghirup air teh yang disediakan oleh pihak JAKOA itu.  

Di sudut lain pula kedengaran Encik Embus(nama betul) menimbulkan kekecohan dengan menyatakan kenapa senarai nama kehadiran terlalu ramai iaitu 45 orang (tak silap aku lah) tetapi keadaan dalam bilik mesyuarat itu tidak ubah seperti padang jarak, padang terkukur(kiranya tak ramailah.  Adalah dalam 25 orang). "Kenapa isi nama tetapi terus balik rumah.  Tak sabar nak jumpe bini ke?!.  Korang patut ada kat sini sampai habis mesyuarat", katanya dengan penuh bangga. 

Dengan kekecohan tersebut, Encik Jeman (nama panggilan manja) tiba-tiba menonjolkan diri dengan mencadangkan agar satu punggutan undi dilakukan iaitu punggutan undi samada adakah diteruskan atau menangguhkan mesyuarat itu.  Cadangan itu dipersetujui oleh Puan Ani dan memuji tindakan Encik Jeman yang berjaya menenangkan keadaan yang terlalu kecoh itu.  Setelah pengundian dilakukan, mesyuarat ini terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan penglibatan orang kampung.  Puan Ani menjelaskan adakan satu AJK sementara untuk menentukan bilakah tarikh, hari dan waktu yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat yang seterusnya.  Dengan keputusan itu, orang-orang kampung yang terlibat dalam mesyuarat tersebut terus menyerbu ke meja yang penuh makanan dan minuman.  Bila sudah kenyang, penduduk kampung pun terus pulang dengan perasaan hamput.  

Semua yang hadir ke mesyuarat tersebut telah memberi komitmen yang penuh, anda adalah insan yang betul-betul pejuang.  Bukan jet pejuang.  Anda adalah pejuang tentera sumpit.

Mesej kepada Puan Ani dan pihak JAKOA:  Saya wakil penduduk Kampung Sungai Bumbun ingin memohon maaf di atas sikap orang kampung yang tidak memberi komitmen yang penuh dan kami menghargai pergorbanan Puan yang datang dari jauh tanpa mengira penat, mengorbankan masa dan tenaga untuk hadir ke mesyuarat ini.  Kesulitan amatlah dikesali.



8 Comments
Comments

8 comments:

  1. sabar lerryerrrrr....maybe next time kesedaran akan datang dalam hati setiap penduduk

    ReplyDelete
  2. yang penting jangan putus asa k......

    ReplyDelete
  3. Inilah sikap orang kita.. bila la nk berubah..

    ReplyDelete
  4. Xde kesedaran.. .wujudnya sikap brpuak2 dn kepentingan sendiri..itu dh menjadi perkara biasa..bila ada je org kg maju,ada je yg irihati...xde sepakat...aku hanya mampu dgr dn lihat..coz org kg dh anggap kite ni penyibuk..hanya pendapat,k

    ReplyDelete
  5. why not...u all yang upgradekan kg huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. my opinion is.....klo nak lantik ajk tu,lantik la yg berkebolehan...lantik ajk nak kemajuan kg bukan nak mengkondemkan org

    ReplyDelete
  7. adakala rasa bangga dgn keglameran yg d cipta dalam bidang seni budaya...bangga sangat2 tp di sebalik tu,ada perasaan benci n menyampah dgn politik2 d kg......bosan n malas nak ambik tahu lagi....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...