Sunday 13 May 2012

Hantu Kak Munah Tak Balik Rumah

Kecoh sekampung apabila terdengar cerita kurang menarik tentang Kak Munah yang telah mula berubah jadi hantu.  'Hantu'? Manusia jadi boleh 'hantu' ke? Yang saya tahu, manusia yang berperangai macam hantu itu adalah.  Menurut cerita dari mulut orang kampung mendakwa bahawa penampilan Kak Munah mula berubah, pakaian bercompang camping, rambut serabai mengerbang dan rupa seperti hantu.  Dia mula menganas sejak akhir- akhir ini.

Apa sudah jadi dengan Kak Munah? Dia mahu mendapat pubisiti murahan untuk menarik minat pengarah untuk mengambil dia sebagai penganti Hantu Kak Limah kah?.   Menurut cerita orang kampung, Kak Munah tidak pulang ke rumah.  Dia hanya duduk di dalam hutan.  Apa yang dimakan oleh beliau itu saya tak tahu.  Makan tupai kot.  Kadang-kadang, beliau turut menganggu penduduk kampung dengan memasuki rumah orang-orang kampung.  

Ada maklumat yang saya perolehi dari kawan-kawan saya bahawa Kak Munah telah menganggu jiran sebelah rumah saya merangkap sepupu saya dan mak cik saya.  Menurut cerita dari kawan saya, dia telah memasuki ruang dapur kerana keadaan rumah sepupu saya itu tidak tertutup di bahagian dapur.  Selepas itu, dia terus ke bilik tidur dan menarik-narik kelambu.  Mak ai, seram saya dibuatnya.   

Selang sehari rumah sepupu saya diganggu, kali ini rumah saya turut diganggu.  Saya telah tidur cuma dua orang kawan saya masih leka bermain game PES 2012 di laptop saya.  Detik pukul 2 pagi dia telah menepuk lantai di beranda.  Selepas itu ke bahagian dapur dan membawa sesuatu seperti botol berisi batu-batu.  Kawan saya hanya diam terpaku.  Kawan saya lagi seorang pula berniat nak balik akhirnya terus batal niatnya.  Saya mendapat berita ini pun selepas saya balik dari kerja.  Rumah saya pun terkena.  Nasiblah saya dah tidur. hehe..

Sekarang, cerita Kak Munah sudah hilang dari ingatan.  Mungkin dia sudah ditangkap dan dimasukkan ke hospital.  Itu saya tak tahu.  Apa pun, kehadiran Kak Munah telah menakut-nakutkan penduduk kampung.  Dengarnya ramai yang tak berani nak keluar malam.  Malahan, anak-anak muda yang kerap melepak sudah tidak ada.  Baguslah duduk rumah. Tengok TV lagi bagus.  

Kita kena juga berterima kasih kepada Kak Munah kerana telah berjaya menakutkan penduduk kampung khususnya budak-budak remaja yang kerap keluar malam.  Kalau merempit nanti dia akan tumpang sekali tau.  

TERIMA KASIH KAK MUNAH~

p/s: Jangan bermimpikan kau sudah ya.
4 Comments
Comments

4 comments:

  1. bagus ada kak munah..sekurang-kurangnya boleh menangani masalah remaja rempit ya..

    ReplyDelete
  2. @mas
    sekarang kak munah dh xde. remaja kembali merempit. tolong la kak munah, kembalilah..hehe

    ReplyDelete
  3. lahhh...mana kak munah pergi pulak..dah kena tangkap duduk hospital kot...

    ReplyDelete
  4. @Cikgu Mas Kemungkinan Kak Munah akan balik.. hantu kak munah balik rumah..jhaha..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...