Saturday 8 October 2011

Kayap? Apakah itu?

Wahai orang-orang kampung, hari ini aku nak berkongsi dengan anda semua tentang satu penyakit ini.  Penyakit itu adalah kayap.  Kayap? Apakah itu? Ketayapkah? Kaya kah?.  Persoalannya bagaimana rupa penyakit kayap itu? 

Jadi malam ini aku akan berkongsi dengan anda semua tentang penyakit kayap ini (Aku nak menaip pun terketar-ketar ni gara-gara terkena kayap). 
 
Apakah kayap?

Kayap terbahagi kepada tiga jenis iaitu kayap jagung, kayap ular dan kayap melukut atau nama saintifiknya Shingles atau Herpes Zoster.  Ia berpunca daripada serangan virus Varicella Zoster.  Varicella Zoster ini sebahagian kelompok dalam herpes zoster.

Rupa Penyakit Kayap.  Sumber dari Google

Dari maklumat aku dapat, virus ini akan berada dalam badan dan kemungkinan mangsa akan berasa demam, hilang selera makan, tekak akan rasa loya dan pening berpanjangan.  Badan mangsa akan akan dijangkiti ruam panas dan badan rasa sengal serta keletihan.  Apabila pesakit sudah teruk, pesakit akan didatangi gelembung air di bahagian badan tertentu.  

Rawatan
Rawatan tradisional adalah rawatan yang paling terbaik kerana ia banyak menggunakan tumbuhan-tumbuhan dari sekeliling kita berbanding rawatan di hospital atau klinik.  Ubat yang diberikan oleh pihak hospital ini panas dan akan merasa kesakitan apabila menggunakannya.  Pastikan dapatkan rawatan tradisional jika anda kurang yakin dengan rawatan di hospital.  

Rupa kayap setelah disapu ubat dari hospital
Ubat sapu

Untuk rawatan secara tradisional, bolehlah serang petua-petua di belog ini.  Aku pun dapatkan maklumat dari penulis blog ini.  Ada orang kampung terkena penyakit ini?

0 Orang Asli Kena Sumpit:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...