Saturday 10 December 2011

Jambatan ke Kg Sawah Siap

Setelah melalui pelbagai permasalahan dan cabaran akhirnya jambatan yang dinanti-nantikan oleh setiap penduduk di sekitarnya telah siap dengan jayanya. Semua penduduk boleh menarik nafas lega kerana jambatan  ini amat penting bagi setiap penduduk-penduduk di sekitar Pulau Carey, Telok Panglima Garang, Kg Sawah dan Kg Sg Buaya.


 Setelah melakukan sedikit tinjauan, hampir 80 % jambatan ini siap cuma hanya laluan kereta sahaja masih belum dibuka sepenuhnya.  Maka, laluan hanya dibuka untuk pengguna motosikal sahaja.  Jalan sudah pun diturap dengan tar maka ia menjadi petanda yang jambatan ini menunggu bila-bila masa sahaja untuk dirasmikan.

Menyingkap kembali sejarah pembinaan jambatan ini, jambatan ini mempunyai sejarah hitam yang tersendiri.  Semasa ia dibina, jambatan ini pernah dirempuh oleh kapal yang membawa muatan besi buruk untuk dibawa ke kilang Megasteel dan Amsteel, Labuhan Dagang.  Maka, pembinaannya terpaksa ditangguhkan sehingga memakan masa bertahun-tahun lamanya.  

Akhirnya, penantian jambatan ini siap akhirnya berbaloi bagi setiap penduduk di sekitarnya.  Ia amat penting bagi penduduk dari Kg Sawah, Banting dan sekitarnya kerana ia memudahkan perjalanan ke Klang tanpa melalui Sg Manggis, Jenjarom dan terus ke Telok Panglima Garang.  Manakala penduduk di sekitar Telok Panglima Garang dan Pulau Carey akan dapat menjimatkan masa dengan hanya hanya melalui Kg Sawah dan terus ke Banting tanpa melalui Jenjarom dan Sg Manggis.  Ternyata ia memberi faedah kepada setiap penduduk di sekitarnya.

Semasa melakukan tinjauan, ada beberapa pengguna motosikal menggunakan jalan raya walaupun mereka tahu jambatan ini belum siap sepenuhnya.  Ada juga orang yang datang hanya ingin melihat dengan lebih dekat lagi tentang pembinaan jambatan ini. 

Semoga pembinaan jambatan ini memberi manfaat kepada setiap penduduk di sekitarnya.

0 Orang Asli Kena Sumpit:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...