Friday 9 November 2012

Kumpulan Muzik Orang Asli: Seneroi

Selepas kemunculan dan sambutan luar biasa album kumpulan Jelmol, satu lagi kumpulan muzik orang asli mencuba nasib dalam industri muzik tanahair kita. Apakah kumpulan itu? Kumpulan gangster? Bukan. Bukan!. Kumpulan tersebut adalah SENEROI.

Ya, kumpulan Seneroi. Maksud Seneroi tak dapat aku pastikan. Kesemua lagu dalam album kumpulan ini iaitu 'Mahkota' memang sedap didengar.  Mereka mempertaruhkan single pertama iaitu 'Apa Khabar Mu' untuk mencuba nasib samada lagu itu mudah diterima atau tidak. Ternyata usaha mereka tidak sia-sia apabila lagu itu dimuatkan dalam satu album koleksi (tak ingat album apa) dikongsikan bersama dengan lagu kumpulan-kumpulan muzik tempatan yang lain seperti Data, Spoon dan lain-lain. 

Memang agak mengejutkan bagi aku (bagi korang tak tau lah aku) kerana ternyata bakat muzik orang asli juga wajar diberi perhatian. Jangan pandang rendah akan bakat muzik orang asli.  Mereka juga berbakat. Cuma tidak diberi perhatian saja. 

Tahukah anda lagu apakah yang paling popular bagi kumpulan ini?

Lagu tersebut adalah Prenhod. Memang lagu tema mereka. Kalau dengar je lagu ni, confirm akan terus ingat kumpulan ini. Ahli kumpulan ini aku hanya ingat penyanyi saja iaitu Agek. Dialah otai dalam kumpulan ini sehinggalah nama kumpulan ini hilang begitu saja dalam arus muzik negara kita. Hanya Agek saja yang meneruskan lagi legasi muzik Seneroi.  Itupun hanya mengeluarkan single sahaja iaitu Manhapekik. Irama dan lagunya sedikit ke arah muzik Hindustan. Itulah market. Orang asli kan suka akan muzik Hindustan. 

Bila kumpulan akan kembali lagi? Tunggu sahajalah. Sampai berjanggut. 

MAJULAH MUZIK ORANG ASLI.

0 Orang Asli Kena Sumpit:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...