Thursday 8 November 2012

Kumpulan Orang Asli: Jelmol

Jelmol. Siapa tak kenal kumpulan Jelmol yang telah mencetuskan satu fenomena baru dalam muzik orang asli. Siapa sangka anak orang asli hidupnya hanya dikelilingi hutan belantara juga berbakat dalam bermain alat muzik. Dan mereka juga berbakat dalam mencipta lagu dalam bahasa orang asli. Tak caye tak caye!

Jelmol. Tak silap aku ia bermaksud gunung. Kenapa gunung? Kerana orang asli lebih suka hidup di dalam  hutan. Antara aur dengan tebing. Bagai lagu dan irama. Tidak dapat dipisahkan. Begitu juga orang asli. Mereka tak akan lari dari hutan. Kerana hutan begitu sinonim bagi mereka. 

Jelmol merupakan kumpulan orang asli pertama di Malaysia. Aku mengenali kumpulan ini pada tahun 1999. Masa itu aku berumur 14 tahun. Abang aku terlalu teruja dengan kemunculan kumpulan orang asli pertama ini.  Aku tak terlalu teruja sangat. hehe.. Ahli-ahli kumpulan ini terdiri dari suku kaum Temiar dan Semai. Mahmeri? Masih belum ada lagi. :(

Mari kita mengenali lebih dekat tentang ahli-ahli kumpulan Jelmol ini. Mereka terdiri daripada:

1. Itam Geladis (Itam) sebagai Penyanyi.
2. Jastarek Itam (Ajas) sebagai Pemain Drum.
3. Sham Bah Kad (Kevoq) sebagai Pemain gitar utama.
4. Zamsuri Luwi (Asang) sebagai Pemain gitar kedua.
5. Mahadil Ali (Taling) Pemain bass.

Mereka sempat merakam album sebanyak 2 kali iaitu album pertama berjudul Asli dan album kedua bertajuk Emas Permata. 


Album Pertama


Siapa tak dengar dengan lagu berhantu pocongnya iaitu "Rinduku Tiada Berteman" telah membuatkan semua orang asli termasuk yang tua tak berhenti menyanyi di kala bulan mengambang... hahaha.

Lagu itu juga telah menaikkan nama Jelmol dalam industri muzik negara kita ini. Ada sahabat aku berbangsa  melayu suka akan lagu itu. Aku terkejut beruk. Tau tak beruk terkejut macam mana? Terlompat bukan? Begitulah reaksi aku. HAHA..

Aku masih tak kenal lagi ahli kumpulan Jelmol ini. Dalam minda aku mereka ini hensem dan rupa seperti penyanyi Spoon iaitu Along tapi tak lah sehensem mana pun. hehe.. jangan marah na Encik Itam Geladis. Tapi suara Itam memang sedap gila. Bagi aku semua lagu dalam album ini memang best. Terselit 2 buah asli. 10 bintang daripada 10 bintang. Ok, tak cukup kot. Berjuta bintang di angkasalah kalau begitu. 



Album Kedua



Album kedua lagu popularnya adalah "Mawar". Memang sedap didengar. Semua lagu memang best gila. Terselit juga lagu orang asli iaitu Balei Peninjol. Maksudnya? Aku tak tahu. hehe.. Tanya kat Itam Jelmol. 

Ini merupakan album terakhir kumpulan ini. Sebabnya aku tak tahu kenapa. Sudah tukar profession kepada menjadi ahli perniagaan kot. hehe..Cuma Itam Geladis saja yang agak aktif untuk menyanyi. Yang lain itu aku tak tahu.

Baiklah. Itu sahaja info yang aku kongsikan. Jumpa di lain hari. 

MAJULAH MUZIK UNTUK ORANG ASLI.
1 Comments
Comments

1 comment:

  1. http://www.myartis.com/2011/10/sejarah-hiburan-malaysia-kumpulan-rock.html

    kumpulan band oa yg petama

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...