Sunday 13 May 2012

Sebab-sebab orang kampung tak hadir mesyuarat AJK

Saya telah mendapat satu berita dari orang-orang tertentu menyatakan sebab-sebab mereka tidak hadir ke mesyuarat adalah kerana mereka telah memboikot mesyuarat tersebut. Saya bertanya kenapa memboikot mesyuarat penting ini.  Mereka berkata bahawa ada puak tertentu telah menguasai jawatankuasa tersebut.

Mungkin ini permasalahan utama kenapa segala perancangan untuk mengadakan sesuatu agenda atau mesyuarat telah menemui jalan buntu.  Ini disebabkan oleh terdapat puak yang lain telah berkuasa.  Inilah punca utama masalah ini.  Jika ia berterusan tanpa mempunyai apa-apa jalan untuk menyelesaikannya, maka ia akan tetap begini. 

Harapannya sesuatu pihak itu kenalah bertolak ansur dan janganlah berlagak anda mendapat kuasa penuh.  Sedarlah, siapa yang melantik anda? Siapa? Sedarlah. 

MAJULAH KAMPUNGKU

0 Orang Asli Kena Sumpit:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...