Friday 23 November 2012

Perlawanan Bola Sepak Bumbun vs Div 2 Pulau Carey

Semalam berlangsungnya perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Bumbun menentang pasukan Div 2 Pulau Carey.  Perlawanan yang berlangsung pada waktu petang itu berkesudahan pasukan Bumbun berjaya mencatat keputusan dengan kemenangan bergaya 2-0. 

Pasukan Bumbun yang kencing merata-rata rata-ratanya dibarisi pemain junior dan senior ditentang sengit oleh pasukan Div 2 yang kebanyakkannya pemain import dari negara seberang.   Ketiadaan pemain senior seperti Azlan van Persie, Wan Neymar, Dennis Zidane, Emi Poyol, Amm Messi dan lain-lain tidak menjadi satu masalah bagi pasukan Bumbun yang dibarisi pemain junior untuk mencatat kemenangan. 

Hanya A.Z Torres, Lan Ferdinand, Jasmi Scholes yang bermain untuk melengkapkan pasukan Bumbun ini. Jaringan gol dijaringkan oleh seorang pemain junior (sorry, tak nampak siapa yang jaringkan gol) dan satu jaringan daripada A.Z Torres. Kemenangan 2-0 ini menunjukkan bahawa pasukan Bumbun tidak ketandusan atau kegersangan pemain pelapis untuk masa depan. 

Tahniah kerana berjaya mencatat kemenangan.  Semoga dikekalkan momentum kemenangan ini. 



0 Orang Asli Kena Sumpit:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...