Saturday 3 November 2012

Oh Padang

Padang. Apa anda faham tentang padang?

Padang adalah tempat yang luas dan tiada pokok.  Yang ada hanyalah rumput yang menghijau. Kadang-kadang padang ada juga tak ada rumput.  Padang jarak,padang terkukur. Padang adalah tempat untuk beriadah selagi rumput itu masih pendek.  Kalau rumput dah panjang, itu hanyalah semak samun tempat binatang beriadah pula contohnya ular, semut dan lain-lain.

Padang ada pelbagai jenis.  Padang permainan, padang ragut dan lain-lain.  Padang permainan adalah tempat untuk kita bermain.  Tak kisahlah apa jenis permainan yang kita ingin mainkan. Main layang-layang, main bola sepak, main lari-lari dan lain-lain lagi. Padang ragut pula padang adalah untuk binatang ternakan seperti lembu,yak, biri-biri untuk meragut rumput-rumput.  Kenapa ragut rumput? kenapa tak nak jadi peragut?.  Dah itu memang sifat semulajadi binatang ternakan.  Tak kan nak makan McDonald pulak.

Di kampung Sg Bumbun juga ada padang.  Paling diinginkan adalah padang bola sepak.  Di sinilah tempat anak-anak muda dan yang tua beriadah.  Kadang-kadang ada juga budak-budak kecil beriadah. Bagus. Contoh yang baik.Tetapi ada juga bukan nak beriadah. Datang hanya untuk minum minuman keras setelah seharian penat berkerja. Pun contoh yang baik (perli). Biasanya orang-orang tua. Memang tak sihat. Orang yang bersukan adalah orang yang ingin sihat.

Sudah lama kami anak-anak muda inginkan padang untuk bermain bola sepak. Tetapi tiada tempat. Kebanyakkan semua tanah telah digunakan untuk menanam pokok kelapa sawit. Hidup anak-anak muda amat bosan. Kosong. Tiada aktiviti. Orang yang rajin je yang cari padang untuk bermain bola contohnya kami main bola di padang simpang lima Pulau Carey. Orang yang sanggup berkorban saje yang nak main di padang tumpang itu. Sebabnya ia amat jauh.  Sesiapa yang tak ada kenderaan seperti motor memang tak dapat pergi.  Paling baik pun basikal. 

Banyak lagi saya ingin cerita tentang padang. Mungkin lain kali sahaja. Mungkin ada sambungannya. Nantikan. Er, selamat bersukan.



0 Orang Asli Kena Sumpit:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...