Sunday 18 September 2011

Jakun itu Bangsa Orang Asli lah!

Korang tau tak Jakun itu apa? Jakun adalah satu bangsa orang asli yang tinggal di negeri Pahang. 

Yang menjadi masalahnya adalah ada segelintir masyarakat yang masih kurang pendidikan dengan menyatakan bahawa jakun membawa maksud kurang mengambil tahu, bodoh atau tidak tahu apa-apa.  Ada segelintir masyarakat masih dangkal dalam memahami maksud  jakun dan mengambarkan bahawa bangsa jakun ini masih ketinggalan dalam arus kemodenan. 

Sebentar tadi aku tengok rancangan Sejuta Belia.  Ada 2 orang peserta perempuan ada menyebut 'bahawa adalah jakun jika seseorang tidak pandai cakap bahasa inggeris'.  Aku pasti seseorang yang berbangsa jakun akan terasa hati dan bengang dengan kenyataan itu.  Dua orang peserta itu dilihat seperti sudah pandai dan sudah semestinya adalah seorang yang terpelajar tetapi agak kesengalan dalam pemahaman tentang maksud jakun.  Itulah namanya berlagak sombong.

Untuk pengetahuan anda, bangsa jakun sudah tidak ketinggalan dalam arus pemodenan.  Jangan buat hati mereka ini terguris dengan kata-kata pada mereka yang kurang didikan ini.

0 Orang Asli Kena Sumpit:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...