Saturday 17 September 2011

Bumbun FC gagal ke Final!

Sedih Mak Cik
Kg Judah, 16 Sept 2011- Semalam bermulalah satu era baru bagi pasukan bola sepak Kg Sg Bumbun apabila dengan sombongnya menghantar 2 pasukan iaitu Bumbun FC dan Harimau Berantai.  Bumbun FC terdiri daripada muka-muka lama yang telah diberi wajah baru iaitu setiap wajah-wajah pemain ini terlalu hensem hingga Mak Cik Peah agak terpikat dengan kehadiran kami ini.  Manakala bagi pasukan Harimau Berantai (Bajet Harimau Muda lah) pula terdiri daripada wajah-wajah baru nak up dan kebanyakkannya adalah kaki-kaki bangku sekolah rendah.  Kami hanya ingin memberi pendedahan kepada pemain-pemain baru tentang kerjaya dalam dunia bola sepak ini.  

Pertandingan ini dihadiri 6 pasukan dan dibahagikan 2 kumpulan.  Kumpulan A terdiri daripada Bumbun FC, Judah B dan Judah  B.  Kumpulan B pula terdiri daripada Harimau Berantai, Judah A dan Team Melayu (Sorry, aku tak tau nama team)

Sudah bertanya, berpura pula.  Seperti yang dijangka, pasukan Harimau Berantai menjadi mangsa belasahan hingga tak ada rase belas kasihan daripada pasukan lain iaitu kalah kepada Judah A 1-0 dan kalah besar 4-0 ke atas pasukan Melayu.  Menyedari kekalahan dari adiknya, Bumbun FC menebus kekalahan itu dengan mengalahkan Judah B 2-0 dan Judah D 1-0 dan menjadi juara kumpulan seterusnya layak ke separuh akhir. 

Pusingan separuh akhir bermula pada pukul 2.30 petang.  Entah kenapa persembahan pada pusingan ini agak hambar dan longlai.  Mungkin kerana pemain agak kepenatan kerana melalui perjalanan yang amat jauh, mendaki bukit dan merentasi 7 gunung menyebabkan persembahan pada waktu petang agak menyedihakan.  Pasukan Bumbun FC kalah kepada Bumbun A dengan jaringan 4-0 dan penentuan tempat ke-3 pula kami menentang pasukan Melayu dengan kekalahan 2-0 dan amat memalukan apabila pemain gantian iaitu Hadi Kok menjaringkan gol sendiri.  Dengan rembatan yang amat kencang menyebabkan penjaga gol agak terkedu seketika.  Mungkin kerana dia tidak dapat menjaringkan gol jadi tak dapat gol ke atas pasukan lawan, gol sendiri pun jadilah.  Dengan kekalahan tersebut, kami pulang dengan perasaan amat hamput.
Pelbagai reaksi yang kami terima di atas kekalahan pasukan Bumbun FC.  Menurut seorang penduduk kampung, dia amat mengharapkan pasukan ini menjuarai pertandingan tersebut dan meletakkan harapan yang tinggi tetapi persembahan pada pusingan separuh akhir agak menghampakan.  

"Saya amat hampa dengan kekalahan tersebut, Saya sanggup datang dari jauh dengan naik basikal, tetapi sungguh hampa", ujar beliau sambil mengaru-garu dalam kocek sebelah kanan. Ada 'pekasam' mungkin.  Manakala seorang pak cik Kordi ditemui meluahkan perasaan yang malu amat sangat dengan pemain pertahanan kerana menjaringkan gol sendiri.  "Pak cik ni malu gila dengan jaringan tersebut.  Mana Pak cik nak letak muka pak cik ni.  Tak kan nak sorok kat bawah kain sarung mak cik pulak", kata beliau sambil melayan alam.  Aduiyai... Tak layak ke final!

Begitulah laporan dari Sg Judah untuk Sukan Di Bumbun.
1 Comments
Comments

1 comment:

  1. Pemain skang xde semangat juang...team dulu lg susah dn daif,tp semangat juang yg tinggi..berjuang habisan2.sampai d geruni pihak lawan..berusaha lg

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...