Sunday 11 December 2011

Muzik Orang Asli

Kemunculan kumpulan-kumpulan muzik Underground orang asli pada masa sekarang ini telah mencetuskan satu lagi fenomena baru dalam industri muzik orang asli. Kemunculan kumpulan muzik ini cendawan tumbuh selepas waktu hujan.  

Selepas kejayaan kumpulan Jelmol dengan lagu berhantu pocongnya, Rinduku Tiada Berteman, ramai pemuzik-pemuzik orang asli mula buka mata seluas-luasnya sampai terjojol keluar biji mata dan mula keluar dari kepompong dunia bawah-tanah dengan menonjolkan bakat muzik masing-masing. Ternyata kemunculan secara mendadak  kumpulan orang asli ini telah memberi impak yang besar dalam industri muzik tanah air kita ini.

Sebenarnya masih banyak ingin saya kongsikan kepada anda wahai pembaca sekalian.  Biarlah saya memperkenalkan kumpulan-kumpulan muzik orang asli satu persatu.  Kemungkinan saya akan membuat satu entri tentang muzik orang asli dari zaman dahulu kala hingga sekarang.  Anda tunggu dan lihat.

Hari ini biarlah saya akan memperkenalkan satu kumpulan muzik orang asli.  Saya jumpa DVD atau CD ini pun dalam laci di rumah saya.  Mungkin ibu saya yang membelinya.  Alangkah baiknya saya cuba memperkenalkan kumpulan ini dan seterusnya mempromosi album ini. 


Inilah kumpulan yang saya maksudkan.  Inak Gauk.  Maksudnya saya tak tahu.  Bergaya bukan dengan cover albumnya.  Ahli-ahlinya main terbang-terbang pula.  Seronok sangatkah? Yang seorang itu steady macho saja.  Penyanyi mungkin.  Penyanyi kenalah steady. Tak bolehlah kecoh-kecoh.  Jaga imej katakan.

Dapatkan album "Selindung Jingga" dari kumpulan Inak Gauk. Biodata diri tiada jadi tidak dapatlah saya memperkenalkan ahli-ahli muzik kumpulan ini.  Terima kasih kepada kain batik mak saya kerana jadi gambar latar belakang. 

Nantikan update saya seterusnya.  Jika ada sesiapa yang ingin saya masukkan atau mempromosi kumpulan muzik anda, bolehlah email pada saya greenroselove7@gmail.com.  Saya akan cuba masukkan segala info dalam blog ini.

MAJULAH INDUSTRI MUZIK ORANG ASLI.


1 Comments
Comments

1 comment:

  1. wweee!!! Sokong wlupun xphm pe bhse dieorg,yg penting sokong sendiri wlupun bkn suku kaum yg sme.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...