Thursday 23 February 2012

Orang Asli atau Orang Asal?

Ko orang asli ke orang asal? Aku orang tiruan..haha
Apa bezanya antara makna Orang Asli dan Orang Asal?  

Jangan nak buat lawak menyatakan bahawa bezanya adalah huruf dalam ayat Asli dan Asal ye.  Mahunya anda mendapat pelempang percuma sebijik.

Adakah makna orang asli bermakna anda terlalu ASLI? Jadi, orang-orang lain adalah orang  TIRUAN la ye.
Orang Tiruan? Nampak agak lucu di situ.

Adakah makna Orang Asal bermakna anda memang penduduk asal di negara ini?  Penduduk Asal bermakna orang yang mula-mula menduduki negara ini sejak beribu-ribu tahun dahulu sebelum datangnya bangsa-bangsa lain ke tanah semenanjung ini.  Jadi, kita (bangsa orang asli) memang dari keturunan penduduk asal negara ini tetapi kita ketinggalan dari aspek kemajuan.  Bilakah kita akan maju? Aku rasa kita sudah mula mengorak langkah ke arah itu.  Kita nantikan generasi yang akan datang.

Walau apa pun maknanya, anda tetap ORANG ASLI.  Pergilah anda kemana-mana.  Mesti mereka akan bertanya "Kau orang asli ke?". Dan kita menjawab " Tak lah.  Aku Orang Tiruan" Haha... Orang Asli membuat lawak. Lawak tak,lawak tak? HAHA..

MAJULAH BANGSA ORANG ASLI ATAU ASAL ATAU TIRUAN?..HAHA

0 Orang Asli Kena Sumpit:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...