Sunday 26 February 2012

Orang Kampung Dapat BR1M

Tahniah kepada segelintir penduduk Kg Sg Bumbun kerana telah berjaya menerima duit bantuan RM500 (BR1M) dari pihak kerajaan.  Sila ucap terima kasih kepada PM kita.


Kepada yang belum dapat surat lagi, korang tunggu je lah.  Mungkin belum turn korang untuk dapat duit bantuan itu.  Kepada yang sudah dapat, anda gunakanlah sebaik mungkin dengan duit bantuan itu.  Jangan buat perkara yang tidak berfaedah pulak ye.  

Pagi tadi aku menghantar mak cik aku pergi ambil duit bantuan itu.  Setibanya di pusat kutipan itu, aku melihat ramai juga orang yang mendapat duit bantuan itu.  Aku tengok tak lah sesibuk mana pun kerana kemungkinan mereka yang lain ingin datang pada petang hari.  Sementara menunggu mak cik aku mengambil duit bantuan itu, aku minum dulu air kat gerai orang menjual minuman.  Aku ternampak juga orang-orang kampung aku dengan gembira tak terkata apabila sudah selesai mengambil duit bantuan itu. Pagi-pagi lagi korang dah pergi ke Sekolah Rendah Kebun Baharu ambil duit ye.  Cepat sungguh.  Baguslah.  Gunalah duit itu sebaik mungkin ye.  Jangan beli 'Engkem' sudah ye.  Mahunya korang jadi perangai macam syaitan karang. Syaitan pun geleng-geleng kepala melihat perangai manusia lebih teruk dari mereka sendiri.  

Terima kasih kepada Encik Yahya Sidin kerana bertungkus lumus bagi borang, tolong tengok isikan (jika ada) dan menghantar borang tersebut ke LHDN.  Jasamu tetap dikenang.  Orang kampung tak ucap terima kasih?

0 Orang Asli Kena Sumpit:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...