Tuesday 25 December 2012

Line Maxis di Kg Sg Bumbun masalah?

Apa sudah jadi? Kenapa tak ada line Maxis di Kg Sg Bumbun? Bagaimana ia terjadi? Memang agak mengecewakan bagaimana line Maxis di Kg Sg Bumbun telah tiada atau bahasa orang putihnya adalah ZERO!. Kosong.  Mungkin telefon korang rosak? Hm tidak mungkin kerana apabila OFF dan di On semula, line tetap tiada. 

Ramai orang kampung mengeluh dan mengadu tentang permasalahan ini. Saya pun terpalit sama.  Buat pengguna telefon pintar memang tiada masalah kerana telefon mereka agak canggih.  Yang bermasalahnya adalah pengguna telefon murah atau cap ayam.  Saya sudah kaji dan ternyata telahan itu benar.  Memang telefon biasa tiada line. Kosong.  Saya juga ada buat kajian pada rangkaian talian pada telefon pintar.  Ia ada talian rangkaian.  Ada line. Buat pengguna line Digi dan Celcom memang tiada masalah.  Cuma line berwarna merah ini saja ada masalah talian.  Buat pengguna talian Broadband, anda terselamat kerana ia memang tak ada masalah.  

Menurut cerita dari mulut orang kampung.  Kejadian ini berlaku kerana telah berlaku kecurian kabel di pencawang telefon di depan jalan raya.  Kenapa boleh berlakunya kes kecurian kabel di pencawang telekomunikasi itu? Dimana penjaga keselamatan? Curi tulangkah?.  Ada yang berkata ketiadaan penjaga keselamatan yang bertugas di situ menyebabkan mudahnya kehilangan kabel di situ.  Kenapa tak ada penjaga keselamatan di situ? Tidakkah anda tahu bahawa nilai kabel bila dijual di pasaran memang tinggi harganya. 

Mungkinkah ini petanda menunjukkan anda patut menukar telefon anda yang ber-cap-ayam itu kepada telefon pintar? Mungkin ada agenda yang tersembunyi. hehe.. 

Apa tindakan anda seterusnya?





0 Orang Asli Kena Sumpit:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...