Sunday 2 December 2012

'Timnas' DIV 2 Pulau Carey vs Bumbun FC

Tarikh 02 Disember 2012 berlangsungnya perlawanan bola sepak antara 'Timnas' (oh...) Div 2 Pulau Carey bertemu dengan pasukan Bumbun Fc atau dikenali dengan nama Harimau Berantai.  Kenapa dinamakan timnas? Ok, let me explain. Sebabnya adalah pemain yang kami bakal lawan ini adalah kebanyakkannya pemain dari negara seberang yang mencari rezeki di sini. Tak mengapa ya pak. Kami tetap bermain ya.

Perlawanan tersebut dimenangi oleh team Bumbun FC dengan berkesudahan 0-2 dan gol dijaringkan oleh Razzie Kakas dan Azlan van Persie.  Kemenangan ini akan menaikkan lagi semangat anak-anak buah S.Yahya untuk menguatkan lagi team Bumbun FC ini. S.Yahya telah memasukkan semua pemain simpanan untuk membuat eksperimen  dan akan menentukan kesebelasan utama pasukan Bumbun FC bagi menghadapi piala yang bakal diadakan kelak. 

Perlawanan itu juga telah mencetuskan pergaduhan besar  tetapi dapat dikawal oleh unit FRU. haha.. Jangan gaduh-gaduh. Kami hanya ingin bersukan.

MAJULAH SUKAN UNTUK BUMBUN!

Barisan Pemain

0 Orang Asli Kena Sumpit:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...