Saturday 17 September 2011

R.I.P Hack

 Rest In Pest Hack.  Ini bukan hack kerjanya hacked-hacked akaun orang  tu ye.  Hack adalah nama panggilan seorang pemuda yang berumur dalam lingkungan 20-an yang tinggal kat kampung aku. 

Aku menerima satu berita yang amat mengejutkan yang dia sudah meninggal dunia kerana kemalangan di jalan raya.  Ramai orang kampung bercakap tentang kematian dia.  Petang tadi, ramai orang kampung datang melawat ke rumah saudara yang malang ni.  Menurut laporan yang aku terima, Hack telah mengalami kemalangan semasa dalam perjalanan dari rumah bininya di Simpang Pertang, Negeri Sembilan ke Kg Sg Bumbun, Pulau Carey.  Menurut cerita seorang kawan lagi, dia telah melanggar lampu isyarat merah dan dia dirempuh oleh satu kenderaan.  Kenderaan apa itu aku pun tak pasti.  Aku tak berani nak cakap.  Berita yang aku terima dari kawan aku, dia mengalami kecederaan yang teruk iaitu matanya telah tenggelam ke dalam.  Agak mengerikan.  Yang lain-lain aku tak berapa nak pasti.  Apa pun aku harap seluruh keluarga beliau bersabar dan tabahkan hati.

p/s: Berhati-hati di jalan raya.

0 Orang Asli Kena Sumpit:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...